Jumaat, 23 November 2012

RPH - Matematik PKhas


RANCANGAN  PENGAJARAN  HARIAN
KELAS PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN

MATAPELAJARAN: ASAS 3M ( MATEMATIK)
TAJUK:  OPERASI TAMBAH DALAM LINGKUNGAN 10
KELAS:  KUMPULAN INTAN ( 6 orang )
MASA:  7.20- 7.50 PAGI
STANDARD PEMBELAJARAN ; 3.1.1
PENGETAHUAN SEDIA ADA; 
Murid pernah diajar konsep tambah, kenal nombor  1 hingga 9 dan simbol tambah.
OBJEKTIF ;
Pada akhir pembelajaran murid dapat
-menyatakan situasi tambah bagi penyatuan  dua kumpulan objek.
-Mengenal dan menulis nombor dalam lingkungan 10.
-Menyatakan kuantiti bilangan mengikut nombor yang diberikan.
AKTIVITI:
1.    Set  Induksi:
Guru menunjukkan anak patung dan bersoaljawab dengan murid untuk memahami konsep tambah. Murid juga diminta menamakan nombor yang ditunjukkan.
2.    Langkah 1.
-       Murid diminta mengambil dua anak patung dijadikan satu kumpulan. Kemudian mengambil satu lagi naka patung untuk dijadikan satu lagi kumpulan.
-       Murid diminta mengambil nombor yang sesuai dan diletakkan mengikut kumpulan objek yang sesuai.
-       Menyatukan dua kumpulan objek dan murid dikehendaki membilang jumlah keseluruhannya. Meletakkan nombor yang sesuai mengikut objek.
3.    Langkah 2.
-       Mengulangi aktiviti menggunakan gula-gula.
-       Setiap murid melakukan aktiviti mengikut arahan guru.
-       Memahami konsep tambah dengan menyediakan dua kumpulan objek dan menyatukannya. Mengira jumlah penyatuan dua kumpulan objek tersebut.
4.    Langkah 3.
-       Mengulangi aktiviti dan meletakkan nombor yang sesuai mengikut bilangan objek.
-       Guru meletakkan nombor dan murid meletakkan bilangan objek mengikut nombor yang diberikan.
5.    Langkah 4.
-       Guru menunjukkan ayat matematik operasi tambah dalam lingkungan 10.
-       Murid menunjukkan penyatuan dua kumpulan objek berpandukan ayat matematik yang diberikan.
6.    Langkah 5.
Penutup.
-  Guru meminta murid menyalin dan melengkapkan ayat matematik bagi operasi tambah dalam lingkungan 10.
NILAI: Bekerjasama, usaha dan tekun.
EMK: Kreativiti dan innovasi
BBB: Anak patung, gula-gula, pinggan dan nombor.

REFLEKSI:
Sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran dilakukan terdapat beberapa kelebihan(kekuatan) dan juga kelemahan yang diperolehi.
1.      Kekuatan;
Set induksi adalah penting untuk menarik minat pelajar. Dengan menggunakan bahan bantu belajar yang sememangnya menarik minat pelajar dapat membuatkan pelajar terus berminat untuk belajar dan menumpukan perhatian kepada proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Murid tentunya akan dapat memahami dengan lebih baik sekiranya dapat memberikan tumpuan kepada apa yang ingin disampaikan oleh guru. Kelantangan suara guru dan juga eyecontact  memainkan peranan supaya murid lebih jelas dan memahami apa yang disampaikan. Murid juga pastinya memberikan kerjasama apabila guru sentiasa memandang mereka sambil proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Sebutan yang jelas dengan penggunaan bahasa yang mudah difahami akan membolehkan murid lebih memahami apa yang disampaikan oleh guru. Dengan itu juga murid tentunya tidak mudah bosan dan sentiasa memberikan tumpuan. Sekiranya murid merasa bosan serta  tidak memahami pengajaran guru maka objektif yang dirancang pastinya tidak dapat dicapai. Cara penyampaian guru memainkan peranan bagi memastikan murid benar-benar memahami dan menguasai pelajaran yang diajar .  Seterusnya kawalan murid yang baik semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan  akan memastikan perjalanan proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung dengan harmoni dan lancar. Murid diterapkan dengan nilai-nilai murni seperti berani, yakin dan bekerjasama. Ini dapat dilihat semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran dilakukan. Murid berani tampil kehadapan dengan keyakinan diri dan sentiasa memberikan kerjasama kepada guru dalam kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Nilai-nilai murni pentiang dalam membentuk keperibadian seseorang murid agar menjadi manusia yang cemerlang dan berakhlak mulia juga berani menghadapi cabaran. Selain itu proses penilaian perlu dilakukan selepas pengajaran dan pembelajaran disampaikan.Penilaian dilakukan dengan memberikan latihan dan lembaran kerja. Pemeriksaan atau pemantauan  bagi latihan yang diberikan akan membolehkan guru membuat penilaian samada murid faham atau tidak pelajaran yang telah disampaikan . Proses pengukuhan diberikan kepada murid yang telah dapat mencapai sasaran yang ditetapkan. Proses pemulihan pula diberikan kepada murid yang tidak dapat menjawab soalan yang diberikan dan perlu dibantu dan dibimbing bagi mencapai sasaran atau o bjektif pengajaran.
2.      Kelemahan
Setiap proses pengajaran pembelajaran pastinya terdapat kelemahan atau kekurangan yang tidak dapat dielakkan. Terdapat juga masalah atau gangguan berlaku diluar jangkaan atau kawalan. Pertama sekali masa bagi setiap aktiviti yang dijalankan tidak menepati masa yang telah ditetapkan sepertimana langkah-langkah yang telah disusun dalam Rancangan Pengajaran Harian(RPH). Ianya banyak bergantung kepada kerjasama yang diberikan oleh murid semasa menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Begitu juga dengan suasana dan suara-suara lain yang kedengaran. Ini disebabkan ruang kelas yang agak sempit dan berkongsi dengan kumpulan lain. Murid Pendidikan Khas ini juga sering membuat perkara-perkara yang tidak dijangkakan. Gangguan dari luar kelas juga tidak dapat dielakkan kerana kelas ini adalah laluan bagi kelas-kelas lain dan bersebelahan dengan taman permainan Prasekolah. Namun begitu, gangguan –gangguan tersebut bukanlah penyebab yang menjejaskan keseluruhan pengajaran guru. 
3.    Langkah Mengatasi
Bagi mengatasi kelemahan dan kekurangan yang terdapat dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang dikesan. Guru perlu membuat penambahbaikan bagi meningkatkan mutu pengajaran pada masa akan datang. Terutamanya dalam penetapan masa yang tepat dan aktiviti-aktiviti yang lebih menarik dan teratur dilakukan.



1 ulasan:

  1. Assalamualaikum bonda..
    Thanks for the perkongsiannya..
    Ni murid berapa tahun bonda?

    BalasPadam